Thursday, March 18, 2010

Cisss...Keturunan Nabi Muhammad Boleh Pegang Anjing?







Dalam siri drama Nur Kasih, bukan main lagi pelakon ini memainkan peranan sebagai isteri solehah (di episod-episod akhir) dengan bertudung litup. Tapi ciss.... itu dalam lakonan saja! 

Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di sebuah laman sosial Internet  menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya. Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada peminatnya yang masyarakat Islam.

Artis ini kata itu bukan anjingnya. Dia juga kata akan menyamak badannya selepas bermain dengan anjing. Benarkah begitu, Sofia? 

Memang tidak salahnya memegang anjing. Doktor vetirenar yang beragama Islam juga ketika menjalankan tugas dalam keadaan tertentu terpaksa memegang anjing. Tapi itu sudah jadi tugas mereka. Yang si-minah ni suka-suka bermain dengan anjing, siapa suruh?

Syarifah Sofia kata dia akan menyamak selepas memegang anjing. Tapi jika 10 kali memegang anjing, adakah dia akan 10 kali menyamak? Serupa juga tidak salahnya memegang tahi 10 kali  sehari dan kemudian membasuh tangan yang terkena tahi. Tapi mengapa menyusahkan diri sendiri untuk suatu kerja bodoh? Ia hanya menunjukkan betapa jahilnya anda tentang Islam agama yang kata Sharifah Sofia agama yang ditaatinya.

Mungkin Syarifah Sofia ingat sebagai artis dia boleh buat apa saja. Mungkin juga Sharifah Sofia ingat sebagai anak seorang Syed yang kononnya keturunan Nabi dia boleh buat apa saja. Dia boleh pegang anjing, dia boleh pegang tahi anjing dan dia juga boleh makan tahi anjing!!

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, March 9, 2010

Sapa Nak Beli Hantu...Harga Cuma RM6,585 Sepasang!!


GAMBAR menunjukkan dua botol yang didakwa mengandungi dua hantu.


WELLINGTON - Dua hantu yang masing-masing terperangkap di dalam dua botol kecil akhirnya dilelong secara talian oleh pemiliknya, Avie Woodbury di New Zealand pada harga NZ$2,830 (RM6,585).

Woodbury dari Christchurch di selatan New Zealand berkata, seorang pengusir hantu dari sebuah gereja berjaya menangkap dua entiti terbabit di rumahnya dan memasukkan mereka ke dalam botol kaca kecil mengandungi air suci. Hasil penjualan hantu-hantu terbabit akan diserahkan kepada sebuah syarikat jualan bantuan elektronik untuk golongan yang berhenti rokok.

Penjualan itu telah disahkan oleh laman web lelongan Trademe semalam.Laman tersebut menolak tawaran oleh seorang pembida palsu yang menyebabkan harga lelongan mencecah sehingga AS$5,000 (RM16,710).

Hantu itu dikatakan seorang lelaki tua bernama Les Graham yang meninggal dunia di rumahnya pada 1920-an dan seorang budak perempuan yang muncul mengganggu rumah itu selepas satu permainan memuja roh diadakan.

Woodbury berkata, hantu-hantu itu menyebabkan dia tidak dapat makan atau tidur selain mengganggu dengan memasak air panas, menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barangan sebelum muncul di tempat lain.

(Sumber:Agensi)

Gila....Chef Jual Air Susu Isterinya Di Restoran














NEW YORK - Seorang chef di sebuah restoran di kawasan perumahan Chelsea di sini, Daniel Angerer menghidangkan kepada pelanggan-pelanggan keju yang diperbuat dari susu badan isterinya, lapor akhbar New York Post semalam.

"Rasanya seperti keju susu lembu. Terasa sedikit manis. Perasa keju itu bergantung kepada bahan-bahan yang dihidangkan bersama dan apa yang dimakan oleh ibu tersebut," kata Angerer.

Menurutnya, susu badan tidak menjadi dadih dengan baik kerana ia mengandungi kandungan rendah protein. Dia berkata, susu lembu perlu ditambah sedikit bagi melengkapkan teksturnya.

Katanya, selepas menyebarkan kisah mengenai usahanya menghasilkan keju susu badan manusia di Internet, beberapa pelanggan mula membuat tempahan untuk merasai keju berkenaan. Maklum balas yang diterima daripada mereka yang pernah mencuba keju tersebut sangat positif walaupun ada pelanggan yang terasa geli untuk menjamahnya.

Pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan New York menyatakan mereka telah menasihati Angerer tidak berkongsi susu badan isterinya dengan orang lain kerana tidak ada peraturan yang menghalangnya untuk berbuat demikian.

"Pihak pengurusan restoran itu tahu bahawa keju diperbuat daripada susu payu dara bukan untuk kegunaan awam sama ada ia dijual atau diberikan," kata jurucakap jabatan tersebut. - Agensi

PGK: Saya tidak ingin mengulas dari segi hukum agama, kerana chef ini bukan orang Islam. Saya cuma kasihan dengan bayi mereka yang sajian pentingnnya terpaksa dikongsi bersama orang lain...

Wednesday, February 24, 2010

Terima Kasih Banyak-Banyak Kerana Sudi Mencuri!!!

Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kampung Melele, Jitra mendapat idea yang baik bagi mengatasi masalah  kecurian barangan masjid yang sering berlaku. Mereka mendirikan satu kain bidang untuk menginsafkan pencuri-pencuri yang tidak bertanggung jawab itu. Kain pemidang itu tidak mencatatkan kata-kata amaran keras seperti lazimnya, umpamanya: "Penceroboh Akan Didakwa", "Kecurian Adalah Kes Polis", "Awas, Tindakan Tegas Kepada Pencuri!" dan lain-lain.

Sebaliknya kain bidang itu, seperti dilaporkan Kosmo mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang sudi menceroboh dan mencuri barangan masjid. Kain bidang itu berbunyi:

"TERIMA KASIH KEPADA PENCURI-PENCURI YANG SENTIASA MENCURI BARANG-BARANG MASJID INI. TAPI INGAT, BALASAN TUHAN PASTI AKAN TIBA. YA ALLAH, BERILAH PETUNJUK KEPADA MEREKA INI"

Setiausaha Jawatankuasa Masjid, Mohd Fauzi Mohd Zain berkata kes kecurian di masjid itu telah tiba ke tahap yang begitu serius hingga menyebabkan 15 unit kipas, peralatan audio, wang tabung masjid, malah besi penutup longkang dan kepala paip juga dikebas pencuri.


Kerana berbagai ikhtiar yang dilakukan tidak berkesan bagi menangani masalah kecurian itu, jawatankuasa masjid memutuskan untuk meletakkan kain bidang ucapan terima kasih kepada pencuri yang diletakkan di pagar masjid mulai akhir tahun lepas. Dan kesannya, selepas itu tidak lagi berlaku kes kecurian berlak di masjid berkenaan.


Begitulah fitrah manusia. Kadang-kadang perlu gunakan pendekatan psikologi bagi menghadapi manusia keras kepala ini.

~ pendikar gunung kriang

Monday, February 1, 2010

Saintis Sahkan Kucing Dapat Meramal Kematian




Seorang saintis dari Universiti Brown, Providence, Amerika Syarikat bernama Dr David Dossa mengesahkan kehebatan kucing meramalkan kematian. Dr David yang bercakap kepada Associated Press memberitahu kucing bernama Oscar yang dapat meramalkan kematian pesakit yang dirawatnya dengan membuat aksi mengerekot di sisi pesakit pada detik-detik terakhir sebelum kematian mereka. 

Beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan aduan  kakitangan rumah penjagaan Steere tempat di mana Oscar tinggal telah membuat kajian bersama rakan-rakannya dan mendapati 50 ramalan kematian yang dibuat oleh kucing itu dalam tempoh lima tahun sangat tepat. Oscar didapati sering menghidu pesakit dan akan menghabiskan banyak masa bersama pesakit-pesakit yang akan meninggal dunia. Jika diletakkan di luar bilik pesakit yang akan meninggal dunia, kucing jantan tersebut akan mencakar pintu dunding dan cuba untuk memasuki bilik pesakit seolah-olah ingin memberitahu  detik kematian mereka semakin hampir.

Ketepatan kucing tersebut meramalkan kematian menyebabkan kakitangan rumah penjagaan Steere akan menghubungi anggota-anggota keluarga si-pesakit meminta mereka segera datang jika mendapat petunjuk dari Oscar kematian sedang menghampiri pesakit mereka.

Anda ada memelihara kucing di rumah? Awas, jika pintu bilik anda dicakar kucing!!!

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, January 26, 2010

Berita Seram Untuk Pemilik Toyota


















Anda pengguna kenderaan Toyota? Jika anda pengguna Toyota ini ada satu berita sangat buruk untuk mereka: syarikat pembuat kenderaan Jepun paling laris di dunia Toyota Motor Corp berkata mereka akan menggantung 8 model Toyota, termasuk model-model yang popular di Malaysia kerana masalah  accelerator pedals.  Berita buruk itu menyebabkan saham Toyota jatuh merudum 2.7% pada pertengahan pagi ini, berbanding dengan kejatuhan cuma 0.2%  secara purata di pasaran saham  Nikkei,  Jepun sebelumnya. 

Antara kenderaan yang didapati tidak selamat digunakan ialah model Toyota yang terlaris di Amerika Utara, Camry, untuk model-model yang dikeluarkan sejak  2007. 

Juga termasuk dalam senarai yang tidak selamat digunakan ialah Toyota RAV4, Corolla dan Matrix model-model tahun 2008-2010,  Tundra model tahun 2007-2010, Avalon model  2005-2010  dan Highlander model 2010.

Kepada anda pengguna-pengguna kenderaan itu, sebagai pilihan anda boleh gunakan kenderaan lain yang lebih selamat misalnya LRT. Di negeri-negeri yang tiada LRT anda boleh jalan kaki yang tidak perlu mempunyai accelerator pedal.
 
~ pendikar gunung kriang

Wednesday, January 20, 2010

Menteri Malaysia Pun Minati Mistik Indonesia


GORONTALO (Sulawesi): Warung Pisgor (pisang goreng) Ta Nou di Jalan Raja Eyato di sini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kebolehan penjualnya memasukkan, mengalih dan mengangkat pisang goreng daripada dalam minyak yang panas menggelegak hanya dengan tangan tanpa ada kesan melecur.

Keistimewaan yang dimiliki oleh Ta Nou, yang bererti wanita kesayangan dalam bahasa Gorontalo ini, menyebabkan jualan pisang gorengnya semakin laris dan menambahkan rezeki bagi keluarganya. Beliau juga boleh meletakkan tangan ke api tanpa meninggalkan kesan terbakar atau melecur.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang dibawa Gabenor Gorontalo Ir Gusnar Ismail ke warung itu malam tadi, kagum dengan kebolehan Ta Nou dan mengundang beliau untuk menunjukkan keistimewaan itu di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-pelancongan Malaysia (Maha) November ini.  Berusia 52 tahun, Ta Nou, yang nama sebenarnya Hartin, berkata kebolehan itu diperoleh pada satu malam 10 tahun lepas setelah beliau mendengar bisikan suara wanita di kedua-dua belah telinganya, ketika sedang menggoreng pisang di warungnya itu.

"Bisikan suara itu berkata 'ayo balikkan dengan tangan pisang goreng', lalu saya dengan yakin membaca Bismillah dan membalikkan pisang goreng itu dengan tangan dan ternyata saya boleh berbuat demikian tanpa rasa sakit atau sebarang kesan pada kulit. Saya terus mengucapkan Alhamdulillah dan sejak itu selama 10 tahun ini saya boleh berbuat demikian tanpa sebarang masalah," katanya kepada Bernama.


Ta Nou, ialah kata singkatan kepada tante yang bererti puan dan nou kesayangan. Beliau akan menjual goreng pisang di warung itu setiap malam selepas solat Maghrib. Ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana kelebihannya itu dapat menambah rezekinya hampir sekali ganda dan membantu suami membesarkan anak-anak.

Bekas gabenur Gorontalo Ir Fadel Muhammad telah juga membawa beliau ke Jakarta, Yogyakarta, Ambon dan Perancis bagi menunjukkan keistimewaan Ta Nou kepada masyarakat di luar Gorontalo. Fadel kini menyandang jawatan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia.
"Saya juga dipelawa untuk mengikuti beliau ke Australia tapi tak boleh berbuat demikian kerana ketika itu cucu saya sedang sakit," katanya.

Ta Nou berkata sepanjang 10 tahun beliau menggoreng pisang dengan tangannya itu, beliau dapat merasai ada beberapa cubaan ilmu sihir untuk menggagalkan kebolehannya tetapi semua cubaan itu gagal.

Ta Nou gembira mendapat pelawaan Noh untuk ke Malaysia dan berharap dapat menunaikan undangan itu apabila tiba masanya nanti.

Bagi pengunjung Maha, peluang menyaksikan penampilan Ta Nou, wanita kesayangan Gorontalo pada November ini, adalah sesuatu yang tidak harus dilepaskan.- BERNAMA